﻿Saya bekerja sebagai sales executive disebuah syarikat besar. 
Saya bersama rakan sekerja dihantar ke Johor untuk latihan. 
Rasa sangat gembira kerana saya tak pernah pergi Johor. 
>Kami tinggal dihotel yang jauh dari bandar. Hotel tu nampaknya boleh tahan lah.
#Selepas je latihan pada hari kedua, kami pergi ke bandar untuk makan malam. 
Masa tu kami ada berborak tentang kes gadis yg bunuh diri di hotel tu. 
Saya tidak kisah apa yg dibual kerana saya sungguh penat. 
>Selepas makan, mereka nak pergi karaoke tapi saya nak balik hotel and rehat. 
#Bila saya tiba kat hotel, suasana agak sunyi. 
Macam tak ramai orang tinggal kat sini. Mungkin kerana ia jauh dari bandar. 
>Saya pun naik lif untuk balik ke bilik.
#Saya pun menekan butang lif ke tingkat 17. 
>Wah... syoknya. Saya boleh balik mandi, tengok TV and tidur.
#Lif bergerak agak perlahan dan tiba-tiba berhenti kat tingkat 13. 
Eh? Ape ni? Saya tekan tingkat 17 lah... kenapa berhenti kat tingkat 13? 
Saya menekan butang lif untuk menutup pintu tapi ia tak bergerak langsung. 
Mungkin ada budak-budak main lif kut ke lif nie rosak.
>Saya terfikir nak ambik lif yang satu lagi, tapi lif tu berada di hujung bangunan.
#Saya berjalan secepat mungkin ke lif yang satu lagi. 
Eh... dah jauh saya jalan tapi kenapa belum sampai lagi,bilik nie macam dah lalu je? 
>Hmmm... teras macam ada orang je tengah pandang saya tapi takda siapa kat sini 
#Bila saya sampai hujung jalan tu, saya nampak satu pintu yang aneh. 
Pintu itu macam dikunci mati supaya ia tidak boleh dibuka selamanya. 
Hmmm... saya rasa inilah bilik gadis yang bunuh diri tu. 
>Seramnya... Saya cepat-cepat tekan butang lif.
#Dengan cepat saya menutup pintu lif tu. 
Semasa pintu lif sedang tutup, saya ternampak bayang-bayang hitam berdiri di hujung jalan sebelah sana, 
kelihatan seperti seorang gadis berpakaian serba merah.
Gadis itu sedang berjalan menuju ke arah saya. 
>Nasib baik pintu lif tutup sebelum gadis tu sampai.
#Bila saya masuk je bilik terus saya telefon kawan saya dan bagitau apa yang telah terjadi. 
Dia kata dia akan balik secepat mungkin. Saya pasang TV dengan kuat dan pergi mandi. 
>Bila kawan saya balik, terasa lega sedikit. Kami berbual sekejap selepas tu tidur.
#Semasa tidur tiba-tiba saya rasa sesuatu duduk atas badan saya. 
Saya cuba bergerak tapi tak boleh. 
Bila saya buka mata, saya nampak seorang gadis berpakaian merah dan berambut panjang sedang duduk diatas badan saya. 
>Sungguh menakutkan!! badan saya langsung tak boleh bergerak!!
#Saya menjerit minta tolong kat kawan saya yang tidur disebelah saya, tetapi dia langsung tak dengar. 
"Ellie!! Bangun!!!" saya menjerit. 
Dia masih tak dengar. 
Saya pejamkan mata dengan kuat dan minta hantu tu pergi dari sini. 
Selepas 15 minit, badan saya boleh gerak. Saya buka mata dan tak nampak hantu tu lagi. 
>Terus saya buka lampu dan kejutkan kawan saya yang sedang tidur.
#Ellie kata dia memang sudah sedar dan dengar apa yang saya cakap masa itu
tetapi dia sungguh takut kerana hantu tu tengah bercakap dengannya
Saya tanya Ellie apa yang hantu tu cakap? 
Ellie yg masih dalam ketakutan menjawab; 
>"Hantu tu kata kalau saya tolong awak, hantu tu akan bunuh saya."
#Tanpa buang masa, kami terus bangun dan ingin keluar pergi ke bilik kawan yang lain.
Bila kami buka pintu....
... ...
... ...
Alamak !!...
